One Piece 10KM Virtual Run
Jom Sertai One Piece 10KM Virtual Run!
Tempoh Pendaftaran : 15 Jun 2020 hingga 31 Julai 2020
Tempoh Larian : 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020
Lokasi Larian : Bebas (mana-mana tempat mengikut keselesaan anda)
Jarak Larian : 10KM atau 15,000 steps (boleh digabungkan jarak keseluruhan)
Penghantaran : PERCUMA seluruh MALAYSIA!
Rebut Peluang Super Early Bird Promo : TERHAD UNTUK 50 PESERTA SAHAJA!
Menangi kasut Skechers x One Piece D'Lites 3.0 Sneakers - Luffy :
Menangi kasut Skechers x One Piece D'Lites 3.0 Sneakers - Luffy :
Daftar One Piece 10KM Virtual Run serta subscribe channel Youtube Oak United Creative
Please do not remove our link from your embed code.






Panduan Larian
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Peserta mestilah melengkapkan butiran pembelian, serta butiran pelanggan sebelum memulakan larian.
- Kit penghantaran akan dihantar terus ke alamat mengikut maklumat yang diberikan peserta semasa pendaftaran. Para peserta diminta memberikan alamat surat yang sewajarnya bagi mengelak sebarang masalah.
- Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer (maybank, cimb, bank islam dan banyak lagi).
- Selepas pembayaran diterima dan disahkan, para peserta akan menerima nombor e-bib melalui e-mel (sila periksa di spam box atau junk mail) dan simpan untuk kegunaan selepas itu.
- Sila maklumkan kepada kami jika tidak menerima e-bib di dalam masa 7 hari selepas tarikh pembayaran dilakukan.
- Peserta boleh memulakan berjalan/larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian dalam hanya satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.
- Peserta harus melengkapkan jarak larian dan buktikan melalui snapshot jarak treadmill, atau keputusan daripada apps larian seperti Nike+, Runtastic, Strava, Garmin, Mapmyrun, Google fit, Runkeeper dan sebagainya (berupaya merekod jarak & masa larian).
- Muatnaik gambar anda bersama e-Bib dan share rekod larian di group Facebook Oak United Creative kami beserta hashtags #GomuGomuNo #OnePieceVR
- Pihak penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar dan rakaman para peserta untuk sebarang tujuan iklan tanpa menyatakan sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.
- Untuk memenangi hadiah Skechers x One Piece D'Lites 3.0 Sneakers - Luffy, peserta perlulah menyertai virtual run ini serta subscribe channel Youtube OAK UNITED CREATIVE. Kemudian pengumuman pemenang cabutan bertuah akan dilakukan di facebook OAK UNITED CREATIVE selepas tamat tarikh larian virtual run ini iaitu selepas 31 Ogos 2020. Bagi yang tidak memenuhi syarat pertandingan maka terbatal penyertaan mereka. Keputusan juri adalah muktamad.
- Penghantaran medal dan t-shirt 'finisher' akan dilakukan selepas tamat tempoh larian iaitu selepas 1 September 2020 (di dalam tempoh 14 hari bekerja) & nombor tracking akan diberi di dalam email anda.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
- Jika ada sebarang persoalan boleh whatsapp kami di Whatsapp Admin (mesej sahaja).